00:00Khairi Jamaluddin tidak meletakkan sebarang syarat untuk kembali kepada UMNO apatah lagi mempunyai hajat pribadi atau sebarang permintaan.
00:08Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata beliau hanya ingin diberi peluang untuk menjadi seorang anak kapal biasa jika diterima kembali
00:15ke bahtera parti.
00:18Tegasnya lagi atas semangat rumah bangsa beliau telah menghantar surat rayuan meminta pemecatannya pada tahun 2023 dibatalkan dan nombor keahlian
00:29asal diaktifkan semula.
00:31Tambahnya di saat politik tanah air berdepan ketidaktentuan lautan bergelora. Sangat penting untuk UMNO menyatukan orang Melayu dan membangunkan negara.
00:41Menurut bekas Ahli Parlimen Rambau itu, jika ada papan yang longgar, beliau akan membantu mengetatkannya.
00:51Jika ada paku yang perlu dipalu, beliau akan bantu memalunya.
00:56Malah jika ada palka yang perlu ditutup rapat agar air tidak masuk, beliau akan pastikan ia terkunci kemas.
01:05Paling penting, bahtera bangsa ini terus berlayar, meredah ombak dan badai zaman.
01:12Membawa bersama harapan besar, iaitu penyatuan sebuah bangsa bersatu, teguh dan bermaruah.
01:20Khairi turut menzahirkan penghargaan di atas keterbukaan Presiden UMNO.
01:25Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima dirinya kembali ke rumah lama.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments