Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengemukakan surat rayuan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menyertai semula parti;
Transcript
00:00Baik, seterusnya bekas Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin memukakan surat rayuan kepada Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi
00:06untuk menyertai semula parti berkenaan.
00:09Menurut Presiden UMNO itu, surat berkenaan diserahkan kepadanya dalam satu pertemuan yang berlansung malam tadi.
00:16Katanya secara peribadi, beliau sudah menerima permohonan dan akan memanjangkannya kepada jawatan kuasa penyatuan rumah bangsa
00:23yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Khalid Nurdin.
00:26Pada 5 Mac lepas, beliau memaklumkan bahawa parti itu membuka pintu seluas-luasnya
00:32kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian
00:36untuk kembali menyertai UMNO tanpa syarat.
00:41Khairi dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 bersama beberapa pemimpin lain
00:45selepas kekalahan barisan nasional dalam pilihan raya umum ke-15.
00:50Khairi yang merupakan bekas ahli Parlimen Rembau, dikenali sebagai antara pemimpin muda UMNO
00:55yang lantang mengkritik kepimpinan parti serta menggesa reformasi dalaman
00:59termasuk isu kepimpinan tertinggi UMNO pasca PRU15.
Comments

Recommended