Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu berkata anak syarikat milik penuhnya, IGB Corporation Berhad, akan melaksanakan usaha sama dengan Southkey City Sdn Bhd melalui syarikat tujuan khas, Enrich Horizon Sdn Bhd.
Transcript
00:00IGB Berhad menerima kelulusan daripada Kementerian Ekonomi bagi cadangan usaha sama dan pengambil alihan dua lot tanah pajakan di Johor
00:08yang bernilai RM214.97 juta.
00:13Manakala anak syarikat milik penuhnya IGB Corporation Berhad akan melaksanakan usaha sama dengan South Key City Sendirian Berhad melalui syarikat
00:21tujuan khas Enrich Horizon Sendirian Berhad.
00:27Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat tujuan berkata Enrich Horizon akan mengambil alih dua bidang tanah pegangan pajakan
00:34dengan keluasan kira-kira 859,897 kaki persegi yang terletak di Mukim Pelentong di daerah Johor Bahru.
00:43Katanya pengambil alihan tanah perkenaan dibuat daripada South Key City dan berkait secara langsung dengan pelaksanaan usaha sama antara kedua
00:50-dua pihak bagi tujuan pembangunan masa depan.
00:53IGB-CB akan memegang 70% pegangan saham dalam Enrich Horizon manakala baki saham dimiliki oleh South Key City.
01:01IGB berkata pihaknya telah menerima surat daripada Kementerian Ekonomi bertarikh 6 Mac 2026 yang meluluskan cadangan pengambil alihan tanah tersebut.
01:09Surat kelulusan itu telah diserahkan kepada Peguam Vendor sekaligus menjadikan perjanjian jual beli atau SPA bagi urus niaga tersebut tidak
01:17lagi tertakluk kepada sebarang syarat.
01:18Perkembangan itu menandakan satu lagi langkah penting dalam memuktamadkan cadangan usaha sama dan pengambil alihan yang diumumkan oleh syarikat sebelum
01:26ini.
01:27IGB sebelum ini membuat pengumuman berkaitan cadangan tersebut pada 27 Ogos 2025 dan 16 Februari 2026.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended