00:00China memperkenalkan konsep ekonomi pintar yang baharu sebagai usaha mempercepat pembangunan industri kecerdasan buatan AI.
00:08Perdana Menteri China, Li Chiang, membentangkan konsep itu semasa mesyuarat pembukaan sesi keempat Kongres Rakyat Kebangsaan NPC ke-14 pada
00:16Khamis yang turut menggaliskan sasaran utama negara bagi tahun ini.
00:22Turut menjadi tumpuan dalam pembentangan tersebut ialah inisiatif AI Plus mempercepat penggunaan terminal pintar generasi baru serta ejen AI selain
00:31menggalakkan aplikasi komersial berskala besar teknologi tersebut dalam sektor dan bidang utama.
00:36Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi NDRC, Guo Lian berkata, pembangunan daya pengeluaran berkualiti baru tahun ini akan memberi penekanan lebih
00:45besar kepada keperluan industri serta aplikasi berskala besar pada peringkat pelaksanaan.
00:50Katanya teknologi yang baik dan produk berkualiti tinggi perlu diuji melalui penggunaan sebenar serta melalui proses penambahbaikan berterusan.
01:17Pada 2025, nilai industri teras AI China melebihi 1.2 triliun yuan atau sekitar 174 bilion dolar Amerika, sekaligus menjadikan
01:27teknologi tersebut sebagai pemacu penting kepada pembangunan ekonomi berkualiti tinggi di negara itu.
01:32Pada masa yang sama, jumlah syarikat AI di negara itu juga meningkat, melebihi 6,200 buah tahun lepas.
Comments