Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Antara fokus utama syor tersebut ialah langkah mempercepatkan proses menghantar semula kontena e-waste yang dikenal pasti keluar dari negara.
Transcript
00:00Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan, EKPS akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis berhubung isu
00:08lambakan kontena sisa elektronik atau e-waste yang dikesan di Pelabuhan Kelang.
00:13Komander EKPS Pelabuhan Kelang, Datuk Nik Ezani Mohd Faisal berkata pertemuan akan turut disertai Ketua Pengarah EKPS, Datuk Seri Mohd
00:22Syuhaili Mohd Zain bagi mengemukakan syur yang dirangka secara bersama oleh beberapa agensi berkaitan.
00:32Menurut beliau, antara fokus utama syur tersebut ialah langkah mempercepatkan proses menghantar semula kontena e-waste yang dikenalpasti keluar dari
00:41negara.
00:41Kami akan bentangkan apa syur dengan isu yang ada sekarang dalam tangan, apa syur kita secara bersama.
00:50So bila saya mohon kepada orang ramai, bila kita tengok satu-satu perkara macam ni, jangan kita tunjuk jari kepada
00:58orang.
00:58Tapi kita fikirkan macam mana kita nak selesaikan masalah ni secara besar.
01:02Mengulas lanjut, Nik Ezani berkata usaha menyelesaikan isu kontena e-waste digerakkan melalui penubuhan jawatan kuasa Joint Task Force e
01:10-waste di peringkat Pelabuhan Kelang.
01:12Katanya hasil semakan bersama setakat ini kira-kira 800 kontena dikenalpasti mengandungi e-waste.
01:21Mengulas mengenai tempoh masa penghantaran semula kontena berkenaan, Nik Ezani berkata pihaknya tidak mahu menetapkan garis masa khusus buat masa
01:28ini.
01:29Beliau turut memaklumkan sumber risikan menunjukkan kegiatan membawa masuk e-waste ke Malaysia dipercayai sudah berkurangan berikutan perhatian serius pihak
01:39berkuasa terhadap isu tersebut.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended