Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kini sedang bekerjasama dengan platform media sosial bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun untuk mengenal pasti individu terlibat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi
memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil.
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, melaksanakan siasatan segera susulan penyebaran visual di platform threads dan Facebook yang memaparkan tindakan
00:11biadab seorang individu memijak Al-Quran.
00:14MCMC dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan platform media sosial bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun untuk mengenalpasti
00:23individu terlibat dan polis diraja Malaysia PDRM bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil.
00:32Ujar MCMC semakan awal mendapati hantaran asal berkenaan telah dipadam dan akaun yang terlibat dipercayai menggunakan nama Diki Borneo tidak
00:41dapat dikesan.
00:42Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan.
00:46Menurut MCMC, perbuatan itu bukan saja menghina agama Islam, malah berpotensi mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan
00:56agama di negara ini.
00:58Hasil pemantauan lanjut, MCMC turut mengenalpasti beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama dipercayai melibatkan individu sama dalam sebuah
01:09kumpulan media sosial.
01:10Menurut MCMC, semua kandungan berkaitan telah dipilih hara sebagai bahan bukti bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
01:18Tegas MCMC lagi, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kandungan yang menghina agama, menghasut kebencian atau menyentuh sensitiviti kaum, agama
01:28dan institusi diraja selain tindakan tegas boleh dikenakan di bawah undang-undang sedia ada.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended