Skip to playerSkip to main content
Rindu paling sakit adalah rindu pada ahli keluarga yang telah pergi. Bagi Fiza Sabjahan, kehilangan kakak dan nenek tercinta beberapa tahun lepas seperti membawa sekali kenangan raya yang cukup bermakna.

Sempena Syawal tak lama lagi, anak Selangor yang dinobatkan Pengacara TV Popular ABPBH37 itu sudah siap membuat persiapan raya dengan keluarga tercinta. Bagusnya Fiza... siap awal tak kalut! ✨

Busana: LARNEY

#majalahnona

Category

People
Transcript
00:00Raya tu takkan pernah sama bila kita dah tak ada orang yang kita sayang.
00:07Saya berasal dari Selangor je, jadi memang tak ada kampung.
00:10Cuma kalau nak raya tu, persiapan tu lebih kepada sama-sama siapkan keluarga dengan adik saya.
00:17Lepas tu, kita dah bincang dari awal mana yang kita nak masuk sendiri, mana yang kita nak order.
00:23Lepas tu, uruskan baju keluarga lah. Terpaya habis lah semua dah settle lah sekarang ni.
00:27Tahun ni sebenarnya untuk keluarga saya, kita pakai baju daripada fabric yang sama.
00:36Bukan warna yang sama, tapi konsep dia sama.
00:38So untuk hari raya pertama tahun ni insyaAllah, kita pilih untuk pakai batik.
00:45Kalau hari raya ni, perkara yang paling saya sedih lah sebenarnya,
00:50bila arwah kakak dengan arwah nenek dah tak ada.
00:53Sebab kita satu keluarga memang very close.
00:57Jadi bila dah beberapa tahun ni, tahun ke-7, tak ada arwah kakak, memang rasa lain.
01:02Arwah nenek pun tak ada sebab kita memang duduk sekali,
01:05kita nak bincang menu, nak bincang pun semua sama-sama.
01:10Raya tu takkan pernah sama bila kita dah tak ada orang yang kita sayang.
01:15Walaupun kita ambil gambar, tapi gambar tu tak lengkap dah.
01:18Jadi susah rasa macam bila kita meningkat dewasa, dah makin berumur pun,
01:23raya tu lebih sebenarnya untuk kita keberadaan lah kan.
01:26Jadi kita kena hargai lah masa yang kita ada ni dengan orang-orang yang masih ada,
01:30masih wujud, yang kita sayangi lah.
01:32Selain daripada host, sebenarnya bertugas penuh masa lah sebagai penerba eksekutif
01:37untuk wanita hari ni.
01:39Jadi untuk Ramadan ni kita busy sikit sebab kita ada banyak aktiviti-aktiviti CSR yang kita buat.
Comments

Recommended