Mengimbau kemeriahan Nona Pickleball: Pinktober Smash 2026 yang menghimpunkan barisan selebriti, pemain wanita dan rakan-rakan amal di Brio Social Club, IPC Shopping Centre. Penuh aksi dan semangat kesukanan, kejohanan ini menjadi kemuncak kempen Nona Pinktober 2026 sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Jutaan penghargaan kepada LARRIE dan TOUJOURS ADVANCED serta rakan-rakan penaja lain atas sokongan serta komitmen dalam menjayakan misi ini. Turut bersama menjayakan usaha murni ini ialah Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA), National Cancer Society Malaysia (NCSM), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pink Ribbon Wellness (L) Foundation Team, Breast Cancer Foundation, Cancer Research Malaysia dan Picaso Hospital.

Tempat pertama RM5,000 - pasangan beregu mewakili Majlis Kanser Nasional Malaysia

Tempat kedua RM3,000 - pasangan beregu mewakili Breast Cancer Foundation

Tempat ketiga RM2,000 - pasangan beregu mewakili Majlis Kanser Nasional Malaysia

#MajalahNona
#NonaPinktober
#PinktoberSmash2026

Category

🎈
Fun
Transcript
00:24I'll see you next time.
01:30We're right back.

Recommended