Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang melarikan diri dipercayai terbabit dalam kes mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Kampung Star Kecil, Kerunai dekat Gerik, Sabtu lalu.
Transcript
00:00Polis sedang giat mengesah dua lelaki yang melarikan diri dipercayai terbabit dalam kes mencuri kabel milik Telekom Malaysia TM di
00:07kampung Star Kecil, Kerunai, di Greek Sabtu lalu.
00:10Ketua Polis Daerah Greek, Supertenden Abdul Sabah Uthman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam dan berjaya mengesah suspek yang
00:17menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang menghala ke jalan Greek Kupang sehingga ke Baling Kedah.
00:26Katanya, semasa polis sedang mengejar, seorang daripada suspek bertindak membaling alat pemotong kabel, paku dan kabel ke arah kenderaan pelbagai
00:35guna milik polis.
00:36Bagaimanapun, kenderaan yang dipandu suspek terbabas dan melanggar sebuah rumah di kampung parit panjang dibaling.
00:43Pemilik rumah yang tinggal bersama ibu dan adik perempuannya tidak mengalami kecederaan.
00:48Abdul Sabah berkata, hasil maklumat daripada pemilik rumah berkenaan, mereka memaklumkan kedua-dua suspek melarikan diri selepas kejadian itu.
00:57Beliau berkata, hasil risikan yang dijalankan mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek adalah kenderaan sewa dan hasil pemeriksaan di dalam
01:05kenderaan itu menemukan 20 gulung kabel, 1 telefon bimbit, 3 alat pemotong kabel dan 1 pencungkil besi.
01:13Menurut Abdul Samad, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dan Seksyen 186 Kanun yang sama
01:22kerana menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas.
Comments

Recommended