00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Hidup KPDM melaksanakan sebanyak 40,563 pemeriksaan di seluruh negara menerusi Ops Pantau 2026
00:10bagi memastikan kestabilan harga barangan serta pematuhan undang-undang perdagangan sepanjang Ramadan sehingga menjelang Aidilfitri.
00:17Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDM, Dato' Azman Adam, pemeriksaan yang dijalankan bermula 19 Februari hingga 7 Mac lepas itu
00:25melibatkan pelbagai premis perniagaan termasuk bazar Ramadan, kedai runcit serta pasar basah, pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pasar raya
00:33mini, restoran dan kompleks beli belah.
00:38Beliau berkata hasil pemeriksaan berkenaan mendapati sebanyak 785 kes dikesan melibatkan pelbagai kesalahan.
00:46Jelasnya dalam tempoh sama, sebanyak 930 aduan telah diterima dan diambil tindakan.
00:53Bagi kesalahan yang dikesan, sebanyak 613 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah kompaun sebanyak RM158,800
01:01manakala nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM4,275,524.
01:10Daripada jumlah keseluruhan, pemeriksaan sebanyak 13,436 pemeriksaan dilaksanakan di bazar Ramadan seluruh negara, katanya dalam kenyataan.
01:20Azman berkata, hasil pemeriksaan di bazar Ramadan merekodkan 8 kes melibatkan kesalahan gagal mempamerkan tanda harga
01:28di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta 723, selain kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972,
01:38Akta 71, serta Akta Pelindungan Pengguna 1999, Akta 599.
01:44Bagi pemeriksaan di bazar Idil Fitri pula, sebanyak 934 pemeriksaan telah dilaksanakan setakat ini tanpa sebarang kes direkodkan.
01:53Beliau berkata, KPDN akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan
02:03selain melindungi hak pengguna daripada manipulasi harga, penipuan perdagangan, serta aktiviti pencatutan.
02:10Beliau berkata, KPDN akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan
02:18selain melindungi hak pengguna daripada manipulasi harga, penipuan perdagangan, serta aktiviti pencatutan.
02:26Sehubungan dengan itu, orang ramai disaran menyalurkan sebarang aduan berkaitan harga barang, bekalan atau aktiviti perdagangan yang meragukan
02:35melalui saluran rasmi KPDN menerusi WhatsApp di nombor 019-848-80-00 atau portal e-aduan KPDN atau call centre
02:461-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar EZ Adu KPDN.
02:54Terima kasih kerana menonton!
Comments