Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Iran menegaskan tidak menutup Selat Hormuz dan menyalahkan isu insurans kapal atas penurunan trafik. Tehran turut mengecam tindakan AS-Israel dan berikrar mempertahankan kedudukannya di rantau itu.
Transcript
00:00Sementara itu, Iran mengesahkan ia tidak menutup selat hormus laluan laut penting bagi pengangkutan tenaga dalam konflik yang berterusan antara
00:10negara itu dengan Amerika Syarikat dan Israel.
00:12Timbalan Menteri Luarnya, Said Khatib Zadeh yang berucap pada sebuah persidangan di New Delhi berkata, penurunan mendadak trafik perkapalan melalui
00:22selat itu berpunca daripada keengganan syarikat insurans untuk menginsurankan kapal yang menuju ke kawasan berkenaan.
00:30Jelas Said, Teheran tidak berhasrat untuk berbuat demikian sehingga diberitahu Klub. Jelasnya penutupan akan dibuat secara bertanggungjawab kerana Iran merupakan
00:40tonggak kestabilan di rantau itu.
00:42Serangan Amerika-Israel terhadap Iran serta tindakan balas Iran di seluruh rantau itu telah mencetuskan kekacauan perjalanan dan mengganggu aliran
00:52tenaga.
00:52Iran akan terus menentang usaha Israel dan Amerika untuk menggulingkan kerajaan negara itu, kata Timbalan Menteri Luar itu kepada pemberita.
01:01Jelas Said, Amerika telah membunuh pemimpin sebuah negara lain. Jika ini menjadi norman baru, maka tiada negara boleh mempunyai hubungan
01:10diplomatik dan hubungan normal dengan negara lain.
01:13Beliau merujuk kepada pembunuhan pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei dalam pengembuman Amerika-Israel pada 28 Februari lepas.
01:22Said berkata, Amerika mempunyai pangkalan tentera di seluruh rantau itu untuk menyasarkan Iran.
01:28Justru Republik itu tidak mempunyai pilihan selain menamatkan kehadiran Amerika Syarikat di kawasan sekitar Iran.
Comments

Recommended