00:00Israel mendedahkan bahawa keputusan untuk membunuh pemimpin tertinggi Iran, Khamenei, telah dibuat sejak November tahun lalu sebelum operasi itu dilaksanakan
00:10menerusi serangan udara bersama Amerika Syarikat.
00:14Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata keputusan tersebut dipersetujui dalam satu mesyuarat tertutup bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang
00:23menetapkan sasaran untuk menyingkirkan pemimpin tertinggi Iran itu.
00:30Menurut beliau, operasi itu pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan sekitar pertengahan 2026, namun pelaksanaannya dipercepatkan selepas tercetus protes di Iran
00:40yang menimbulkan kebimbangan bahawa kepimpinan negara itu mungkin melancarkan serangan terhadap Israel atau kepentingan Amerika Syarikat di Timur Tengah.
00:48Ali Khamenei dilaporkan terbunuh pada jam-jam awal kempen serangan udara Amerika Syarikat dan Israel yang bermula Sabtu lalu, menjadikannya
00:57antara pemimpin tertinggi sesebuah negara yang terbunuh dalam serangan udara.
01:03Serangan bersama itu kini menghampiri minggu pertama selepas gelombang awal operasi menyasarkan kepimpinan Iran dan mencetuskan konflik serantau.
01:12Susulan itu, Iran melancarkan serangan balas terhadap Israel serta sasaran di Teluk dan Irak manakala Israel turut menyerang sekutu Iran
01:21Hezbollah di Lubnan.
01:23Israel sebelum ini menyatakan bahawa matlamat operasi ketenteraan tersebut adalah untuk menamatkan ancaman yang dianggap berpunca daripada program nuklear serta
01:33pembangunan peluru berpandu balistik Iran selain menekan perubahan kepimpinan di negara itu.
01:38Bagaimanapun, kepimpinan Iran setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melepaskan kuasa.
Comments