Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Inisiatif Cashless Society yang dilancarkan pada 2023 di 28 Pusat Ekonomi Digital (NADI) kini telah diperluaskan ke 174 lokasi di seluruh negara setakat tahun 2025, dalam usaha mempercepat penerimagunaan teknologi digital di peringkat akar umbi.
Transcript
00:00Inisiatif Cashless Society yang dilancarkan pada 2023 di 28 Pusat Ekonomi Digital Nadi kini diperluaskan ke 174 lokasi di seluruh
00:10negara setakat tahun 2025.
00:13Antara lain, usaha itu bermatlamat mempercepat penerima gunaan teknologi digital di peringkat akar umbi.
00:22Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC, peluasan itu mencerminkan komitmen berterusan agensi berkenaan dalam memperkasa komuniti digital serta meningkatkan
00:32penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.
00:36Katanya pada 2025, inisiatif ini diperkasakan dengan elemen keselamatan internet selaras dengan kempen internet selamat serta pembangunan kapasiti komuniti melalui
00:46program Train the Trainer dalam kalangan pengurus Nadi.
00:49Ini termasuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan penipuan dalam talian selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 ONSAR.
00:57MCMC berkata pendekatan pembayaran tanpa tunai digunakan sebagai pintu masuk kepada perkhidmatan digital yang lebih luas selain memanfaatkan peluasan liputan
01:05serta peningkatan kualiti internet di bawah pelaksanaan jalinan digital negara jendela.
01:11Langkah itu katanya bertujuan memastikan komuniti termasuk di kawasan luar bandar dan terpencil mampu mengakses serta memanfaatkan teknologi digital secara
01:20optimum.
01:20Bagi tempoh antara tahun 2023 hingga 2025, inisiatif Cashless Society telah berjaya menarik pelibatan seramai 62,574 pengunjung menghasilkan 26
01:32,022 transaksi tanpa tunai, melibatkan 4,572 pedagang digital baru di premise digital serta melaksanakan 1,348 aktiviti kesedaran berasaskan
01:44empat tonggak Cashless Society.
01:46Dalam perkembangan berkaitan, MCMC turut menganjurkan sesi meja bulat di Cyberjaya baru-baru ini yang menghimpulkan wakil agensi persekutuan dan
01:55negeri, pemain industri serta komuniti bagi membincangkan usaha memperkukuh kepercayaan digital serta memperluas pelaksanaan inisiatif tersebut di Melaka, Johor dan
02:05wilayah persekutuan.
Comments

Recommended