Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan solidariti Malaysia terhadap Turkiye susulan insiden peluru berpandu balistik yang menuju ke arah ruang udara negara itu. Perkara tersebut dibincangkan bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan ketika kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan solidariti Malaysia terhadap Turki sesulan insiden peluru berpandu balestik yang menuju ke arah
00:09ruang udara negara itu ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak.
00:13Anwar memaklumkan perkara itu selepas mengadakan perbualan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan yang semakin
00:22meruncing di rantau berkenaan.
00:25Menurutnya insiden peluru berpandu tersebut menggambarkan betapa rapuhnya situasi keselamatan serantau ketika ini.
00:33Dalam perbincangan itu, Anwar turut menyentuh insiden pembunuhan beberapa pemimpinan tertinggi Iran termasuk Ali Khamenei yang menurutnya berisiko menjerumuskan Asia
00:43Barat ke dalam ketidaktentuan yang serius dan berpanjangan.
00:47Beliau berkata kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa semua pihak perlu menunjukkan tahap kawalan diri dan kebijaksanaan tertinggi bagi mengelakkan keadaan
00:57daripada terus meruncing.
00:59Pada masa sama, Anwar merakamkan penghargaan terhadap peranan Erdogan yang sering tampil sebagai suara penting dunia Islam termasuk usaha Turki
01:08bertindak sebagai perantara antara Washington dan Tehran bagi membuka ruang dialog serta penyelesaian diplomatik.
Comments

Recommended