Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan di seluruh dunia giat menggerakkan usaha untuk membawa pulang rakyat mereka dari negara-negara di Asia Barat memandangkan keadaan di rantau itu yang semakin membimbangkan.
Transcript
00:00Kerajaan di seluruh dunia get menggerakkan usaha untuk membawa pulang rakyat mereka dari negara-negara di Asia Barat
00:07memandangkan keadaan di rantau itu yang semakin membimbangkan.
00:11Amirah Arab 1 UAE yang menjadi lokasi kepada beberapa lapangan terbang tersebut di dunia
00:16dan syarikat penerbangan utama telah mengaktifkan koridor udara kecemasan
00:20dengan kapasiti semasa pada 48 penerbangan sejam sekaligus memberikan kelegaan kepada pengembara.
00:29Dengan pembukaan semula ruang udara terhad di rantau itu, negara-negara berebut untuk membawa pulang rakyat mereka yang terkandas
00:35memandangkan keadaan yang masih tidak menentu susulan serangan Amerika Syarikat Israel ke atas Iran Sabtu Lepas
00:40dan serangan balas Teheran ke atas negara teluk yang menempatkan kemudahan tentera Amerika.
00:45Laman web perikmatan pengesanan penerbangan langsung Flightradar24 maklumkan
00:49syarikat penerbangan telah mula menggunakan maskat sebagai pangkalan untuk penerbangan pemindahan
00:54dengan Smartwings mengendalikan beberapa penerbangan sepanjang dua hari sebelumnya.
00:58British Airways dan Lufthansa akan mengendalikan penerbangan khas untuk membawa pulang warga UK dan Jerman melalui maskat.
01:05Menteri Luar Perancis berkata pada selasa bahawa negara itu akan menyewa penerbangan
01:09untuk membawa pulang rakyatnya yang paling berisiko dengan kira-kira 400 ribu warganya berada di negara yang terjejas.
01:15Kementerian Halewah Luar Singapura dan Pasukan Misi Luar Negaranya di Asia Barat
01:19sedang menjalankan tinjauan untuk menilai minat dalam kalangan rakyat Singapura di rantau tersebut
01:24bagi mengatur pelepasan penerbangan yang dibantu dalam keadaan lapangan terbang terus ditutup.
01:28Indonesia pula menyatakan ia sedang bersiap sedia untuk memindahkan 15 warga Indonesia di Teheran
01:33yang secara rasmi memohon untuk meninggalkan Iran di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin memuncak.
Comments

Recommended