00:00Kesemua anggota Battalion Malaysia Malbat 85013 yang sedang melaksanakan misi pengamanan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Unifil
00:11di Selatan Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat.
00:15Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin berkata meskipun situasi keselamatan di kawasan tanggungjawab pasukan itu menunjukkan peningkatan aktiviti ketenteraan,
00:23keadaan setakat ini masih terkawal dan tiada keperluan untuk melakukan pengungsian segera.
00:28Beliau berkata laporan semasa menunjukkan terdapat pergerakan tentera Israel IDF yang memasuki beberapa kawasan di Lubnan selain serangan udara dan
00:36artileri yang direkodkan berhampiran sektor tanggungjawab Malbat.
00:40Sebenarnya, langkah pelindungan pasukan telah dipertingkatkan selaras dengan tahap waspada semasa bagi menjamin keselamatan semua pegawai dan anggota.
00:48Jelasnya lagi, Malbat berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia untuk mengaktifkan pelan kontingensi termasuk pemindahan kecemasan sekiranya keadaan bertukar
00:58menjadi lebih kritikal.
Comments