00:00Presiden Donald Trump berkata, Amerika Syarikat kini berada dalam kedudukan sengah kukuh berhubung konflik ketenteraan dengan Iran.
00:07Beliau menegaskan bahawa perkembangan itu menunjukkan kemajuan yang luar biasa selepas beberapa hari perang yang semakin memuncak di Asia Barat.
00:16Trump menggambarkan situasi perang itu sebagai pencapaian ketenteraan yang memberansangkan dan penyelesaian terhadap ancaman yang dibangkitkan oleh Iran.
00:24Beliau turut menegaskan bahawa Amerika Syarikat memiliki ketenteraan paling hebat di dunia dan konflik kali ini adalah respon setara ancaman
00:30yang beliau dakwa telah berlanjutan selama 47 tahun.
00:34Trump turut mengaitkan keputusan menyerang Iran dengan keputusan beliau sebelum ini untuk menggugat perjanjian nuklear yang dilabelnya sebagai salah satu
00:41perjanjian terburuk pernah dibuat semasa pentadbiran terdahulu dikenali sebagai perjanjian nuklear Obama.
00:46Dakwanya lagi, Amerika Syarikat kini berada dalam kedudukan yang sangat kuat di mana kepimpinan rejim Iran dilihat semakin goyah dengan
00:53banyak pemimpin yang dianggapnya tidak lagi hidup.
00:56Beliau mendakwa sistem peluru berpandu Iran sedang dikurangkan dan rejim itu seolah-olah di luar kawalan sebelum operasi ketenteraan dilancarkan.
Comments