00:00Industri perfilman India kehilangan satu lagi permata seni apabila komposer muzik terkenal Tamil, Deva, meninggal dunia pada usia 75 tahun
00:09pada Sabtu.
00:10Deva atau nama sebenarnya Devanesan Chokalingam, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Suria di Chennai, Tamil Nadu, kira-kira 8.30
00:20pagi atau 11 pagi waktu Malaysia akibat serangan jantung.
00:26Menurut laporan portal tempatan mendiang dimasukkan ke hospital pagi Sabtu untuk mendapatkan rawatan, namun tidak memberikan respons terhadap rawatan yang
00:34diberikan.
00:36Bagi peminat film Tamil di Malaysia, nama Basha pastinya cukup dekat di hati apatah lagi film lakonan Rajinikan itu turut
00:44melonjakkan populariti muzik ciptaan Deva.
00:47Malah, tema muzik Basha terus dikenang sebagai antara identiti ikonik Rajinikan sehingga ke hari ini.
00:55Menurut Ketua Jabatan Anesthesiologi dan Rawatan Kritikal Hospital Suria, Dr. Siva Darshini, mendiang tidak mempunyai denyutan nadi ketika tiba di
01:04hospital.
01:05Bagaimanapun pasukan perubatan memberikan bantuan hayat kardiovaskular lanjutan, termasuk melakukan tekanan dada dan memberikan kejutan elektrik, namun usaha menyelamatkan mendiang
01:15tidak berjaya.
01:16Menurutnya, mendiang mempunyai sejarah masalah jantung dan kali ini beliau mengalami serangan jantung yang serius.
01:23Dilahirkan pada 20 November 1950, Deva mencipta nama menerusi karya muzik untuk lebih 400 film dalam bahasa Tamil, Telugu, Malayalam
01:33dan Kanada sepanjang kerjanya selama lebih 3 dekad.
01:37Dalam satu temuramah, mendiang pernah memberitahu pengenalan muzik Ghana merupakan usahanya untuk membentuk identiti tersendiri dalam industri yang ketika itu
01:46didominasi dua komposer terkenal, Ilaya Raja dan I.R. Rahman.
01:51Menurutnya, persaingan dengan dua tokoh muzik itu mendorongnya mencari pendekatan berbeza supaya karya ciptaannya mempunyai identiti tersendiri.
02:00Kali terakhir, mendiang membuat persembahan di Malaysia adalah pada 28 Mac lalu di Pulau Pinang.