Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Malaysia menjadi tuan rumah dua kejohanan sorak antarabangsa, namun pasukan negara masih berdepan kekangan kemudahan latihan khusus yang diperlukan untuk membangunkan bakat atlet.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia mampu menjadi tuan rumah dua kejohanan sorak antarabangsa, namun pasukan negara sendiri masih belum mempunyai pusat latihan khusus.
00:07Kekangan itu memaksa atlet berkongsi kemudahan dengan pasukan lain ketika mereka terus berusaha membawa cabaran negara ke pentas antarabangsa.
00:19Di sebalik lompatan tinggi, aksi akrobatik dan persembahan penuh tenaga tersembunyi cabaran besar yang dihadapi atlet sorak negara.
00:28Bukan soal semangat atau bakat, sebaliknya kemudahan latihan yang masih terhad.
00:34Menurut jurulatih pasukan Malaysia Junior All Girls, Mira Natasha, ketiadaan pusat latihan sendiri menyukarkan penyelarasan latihan antara pelbagai kategori pasukan.
00:44Saya rasa kekurangan terbesar kita adalah kelengkapan untuk orang cakap tempat persediaan berlatih sebab team Malaysia kita tak ada tempat
00:52macam orang kata pusat latihan sendiri. Kita harus berkongsi dan kita ada ramai pasukan lain.
00:57Persiapan pasukan negara bermula sejak setahun lalu termasuk proses pemilihan atlet dari seluruh Malaysia.
01:04Selain kekurangan kemudahan, cabaran mereka turut melibatkan tekanan untuk memenuhi harapan terhadap prestasi pasukan.
01:23Penganjuran kejauhanan Sorak Asia dan Piala Sorak Asia Pasifik 2026 di Putrajaya menjadi pentas penting untuk memperkenalkan sukan itu kepada
01:32generasi muda.
01:33Bagi penganjuran, kejauhanan ini bukan sekadar persaingan memburu pingat tetapi peluang-peluang penyertaan atlet baharu.
01:40Adalah kali pertama Malaysia host sebegini besar di mana dia host bukan sahaja Asian Championship tapi dia juga host Asia
01:49Pacific Cheerleading Cup di Malaysia.
01:53Untuk Malaysia buat pertama kalinya adalah memang cabarannya amat besar.
01:56Bagi ibu bapa pula, sukan Sorak bukan sekadar persembahan akrobatik malah media membentuk disiplin, koordinasi dan keyakinan anak-anak.
02:06Disiplin, koordinasi dan fizikal sangat bagus because budak-budak ini dia akan untuk training, untuk dia punya practice, training dia
02:16so diorang lebih akan jadi disiplin.
02:19Oh sangat happy sebab setiap kali lepas persembahan bila kita tengok diorang hit, diorang capai diorang punya semua rutin so
02:28kita semua as a parent mesti happy.
02:30Dengan bakat yang terus berkembang, cabaran seterusnya adalah memastikan kemudahan latihan mampu menyokong aspirasi atlet negara.

Recommended