Skip to playerSkip to main content
Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas 13 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak perempuannya berusia enam tahun pada Januari dan Februari lalu.

Tertuduh berusia 43 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/770047/berita/semasa/pengawal-keselamatan-mengaku-bersalah-amang-seksual-rogol-dan-liwat-anak-usia-6-tahun

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

-----

Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.

Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026

atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOTWQH2026

World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam
Transcript
00:00Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Session Johor Bahru pada Isnin
00:05atas 13 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak perempuannya berusia 6 tahun pada Januari dan Februari lalu.
00:13Tertuduh berusia 43 tahun itu didakwa dengan 4 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal
00:19terhadap anaknya bersama kekasih yang juga anak tidak sah taraf berusia 6 tahun.
00:25Tertuduh turut berdepan 4 lagi pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal
00:30dengan cara melakukan hubungan seksual di hadapan mangsa dan 2 pertuduhan persetubuhan bertentangan aturan tabi'i terhadap mangsa.
00:38Selain itu, tertuduh juga berdepan 2 pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
00:44ke atas mangsa tanpa kerelaannya serta 1 pertuduhan rogol.
00:48Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah setinggan berhampiran Kampung Kempas Baru, Johor Baru
00:55antara 11.35 malam 22 Januari lalu hingga waktu pagi 17 Februari lalu.
01:02Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula bagi fakta serta hukuman dan tiada sebarang jaminan dibenarkan.
01:10Sementara itu, di Mahkamah Session Berasingan, kekasih tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa
01:17didakwa mendedahkan kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
01:24Tertuduh berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
01:31Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 2 April depan.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended