Skip to playerSkip to main content
Kemungkinan Iran mengalami nasib sama seperti Syria, Libya atau Iraq susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ketika ini hingga mengakibatkan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei terkorban disifatkan sebagai tidak realistik dalam masa terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.

Pakar geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, situasi di Iran berbeza berbanding negara-negara tersebut yang sebelum ini menyaksikan perubahan rejim selepas campur tangan ketenteraan diketuai AS.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/770005/berita/nasional/iran-tak-akan-jadi-seperti-syria-libya

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaHarian #Global #Iran #Syria #Libya #Israel #AS
Transcript
00:00Ramai yang bertanya adakah Iran, nasib Iran itu akan menimpa seperti mana menimpa Syria, Libya ataupun Irak sebelum ini, malah
00:08Afganistan, kesemua negara Islam, jangan lupa itu.
00:12Bagi saya tidak. Kerana Iran berbezanya adalah sistem pertahanan dan keselamatan mereka adalah begitu mantap sekali.
00:19Itu tak dapat dinafikan berbanding negara-negara yang jatuh oleh sebab Amerika Syarikat.
00:25Dan yang kedua adalah Amerika Syarikat tidak mahu menghantar tenteranya memasuki Iran, malah Venezuela pun mereka cepat-cepat keluar.
00:35Tapi dalam Iran ini, lagi mereka tidak mahu hantar kerana seorang tentera yang terkorban.
00:40Setakat ini belum tahu lagi akan dikatakan diberi tekanan oleh rakyat Amerika kepada presiden mereka supaya berhentikan semua kegilaan ini.
00:50Jadi bagi saya tidak mungkin pelukaran rejim itu, bagi saya tidak akan berjaya dalam hal ini.
00:57Kerana protes yang dikenakan oleh pihak pembangkang ataupun rakyat Iran sebelum ini, mereka tidak mempunyai leader, pemimpin.
01:07Anak Syahiran, Reza, rakyat Iran tak mahu.
01:11Mereka ketua pembangkang yang berada di luar negara.
01:14Ketika ini nama dia Mariam, kalau tak silap saya, juga rakyat Iran tidak mahu.
01:19Jadi kepimpinan penggantian daripada pihak pembangkang itu tak ada.
01:24Jadi bagi saya sebab itu tidak akan tercetus apa yang berlaku disebut sebelumnya Libya, Iraq ataupun Syria.
01:33Perlembagaan Iran telah menetapkan jika tiba-tiba tiada wujudnya ataupun kematian pemimpin agung mereka,
01:40maka tiga orang paling kanan dalam kepimpinan Iran diberi tanggungjawab untuk mentadbir buat sementara waktu yang diketuai oleh Presidennya Masud.
01:50Dan kita tahu Masud masih lagi hidup, tidak terkorban dalam hal ini.
01:56Jadi untuk mengelakkan kekosongan puasa, maka sebelum dilantik pemimpin agung yang baru,
02:07maka tiga serangkai ini yang dikatakan akan memandu arah membuat keputusan dasar dalam keadaan darurat ini.
02:14dan pemilihannya akan dilakukan oleh 88 ulamak-ulamak Iran yang telah dilantikkan masalahnya untuk berumpul 88 ini.
02:23Kalau ada yang dikatakan tidak terkorban, adalah menjadi sukar.
02:27Jadi buat ketika ini, Presiden Iran memutuai dua orang lagi dalam mentadbir Iran dalam keadaan darurat.
02:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended