Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sesi soal jawab hari ini turut menyentuh kesiapsiagaan banjir, kebajikan veteran TLDM dan penjelasan mengenai penguatkuasaan terhadap platform media sosial. Usul mengutuk serangan ke atas Iran juga dijadual dibentangkan Perdana Menteri.
Transcript
00:00Isu pengurusan kesiapsiagaan banjir, kebajikan veteran tentera laut serta isu penguangkuasaan terhadap platform media sosial antarabangsa antara yang menjadi tumpuan
00:10dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
00:13Ia akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab risan yang dijadual bermula 10 pagi. Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
00:21Ibrahim juga akan membawa usul mengutuk serangan Israel dan AS ke atas Iran.
00:30Ahli Parlimen Pago Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Menteri Kewangan menjelaskan langkah-langkah kerajaan memastikan objektif akta tanggungjawab kewangan awam
00:39diterjemahkan dengan lebih jelas.
00:41Antara yang diberi perhatian termasuk usaha meningkatkan ketelusan fiskal serta memastikan pengurusan kewangan negara memberi hasil yang lebih baik kepada
00:50rakyat.
00:51Soalan turut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusof kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
01:00Beliau meminta penjelasan mengenai penambah baikan dan jumlah peruntukan bagi mengurus risiko banjir termasuk banjir temenung berikutan luruan monsoon yang
01:10dijangka berterusan sehingga Mac 2026.
01:13Antara kawasan risiko tinggi yang diberi perhatian adalah di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
01:19Isu kebajukan veteran tentera laut turut dibangkitkan, Ahli Parlimen Lumut Nordin Ahmad Ismail yang juga Komanda TLDM Besara meminta Menteri
01:29Pertahanan menyatakan sama ada kementerian bercadang memperluaskan peluang penyerapan veteran TLDM ke Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.
01:38Cadangan ini mengambil kira kemahiran mereka dalam pengendalian operasi dan penyelenggaraan kapal dan bot seiring kejayaan kerjasama strategik antara JHEV
01:49dan Jabatan Perhilitan sebelum ini.
01:51Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayad meminta penjelasan Menteri Komunikasi berhubung kemungkinan kerajaan menggunakan Deeming Provision di bawah Akta
02:03588.
02:04Ia bagi memungkinkan pendawaan terhadap pengendali platform seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan X sekiranya mereka melanggar undang-undang negara walaupun
02:14beroperasi dari luar negara.
02:16Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-15 2026 berlangsung daripada 19 Januari 2026 hingga 3 Mac 2026.
Comments

Recommended