Skip to playerSkip to main content
  • 48 minutes ago
MCMC sedang mengambil tindakan terhadap penularan semula video lama bertarikh 2024 yang memaparkan insiden penghinaan terhadap agama Islam di Singapura, termasuk perbuatan memijak al-Quran. Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan tersebut.
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC sedang mengambil tindakan terhadap penularan semula satu video lama bertarikh 2024
00:08yang memaparkan insiden melibatkan seorang warga Singapura dipercayai berlaku di republik itu yang mengandungi unsur penghinaan terhadap pegama Islam termasuk
00:17perbuatan memicah Al-Quran.
00:19MCMC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dibuat naik semula
00:26sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kelangan masyarakat.
00:33Berdasarkan siasatan awal, individu terlibat dipercayai merupakan warga Singapura dan kejadian itu juga dipercayai berlaku di Singapura.
00:41Sehubungan itu, MCMC bekerjasama dengan pihak platform media sosial terlibat khususnya Threads, Facebook dan TikTok
00:48bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil termasuk menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia.
00:56MCMC menegaskan bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menggugat keharmonian masyarakat mancmuk negara ini
01:05adalah tidak bertanggungjawab serta boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan yang berkuat kuasa.
01:12Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut.
01:18Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada MCMC menerusi pahutan aduan rasmi atau kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Comments

Recommended