Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Maersk, syarikat perkapalan kontena utama dunia mengumumkan ia menghentikan laluan melalui Terusan Suez dan Selat Hormuz yang sempit di Teluk, bersebelahan Iran atas sebab "keselamatan".
Transcript
00:00MES, syarikat perkapalan kontena utama dunia mengumumkan ia menghentikan laluan melalui terusan Suez dan selat hormus di teluk bersebelahan Iran
00:10atas sebab keselamatan.
00:12Kumpulan syarikat Denmark itu merupakan antara beberapa syarikat perkapalan yang membuat pengumuman serupa selepas pengawal revolusi Iran mengistiharkan selat itu
00:23ditutup pada Sabtu.
00:25Dalam satu notis dalam talian, MES berkata pelayaran transverse melalui selat Bab El-Mandab ditangguhkan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan
00:35semula.
00:36MES berkata apa yang penting ketika ini keselamatan anak kapal, kapal dan kargo pelanggan yang terus menjadi keutamaan.
00:45Selat hormus merupakan laluan air strategik yang melalui hampir seperempat bekalan minyak dunia yang diangkut melalui laut.
00:53Selain sejumlah besar kargo dari dan kepelabuhan teluk.
00:57Terusan Suez di Mesir adalah laluan air penting lain di rantau ini menghubungkan Laut Mediteranian ke Laut Merah, jalan pintas
01:05yang lama digunakan dari Eropah ke Pelabuhan Asia di Lautan Hindi.
01:11MES berkata ia akan mengubah laluan kapal melalui Tanjung Harapan hujung Selatan Afrika,
01:16menambahkan ribuan batu perjalanan selain menutup pejabatnya di Emeriah Arab Bersatu UAE, Qatar dan Oman.
01:24Syarikat berkapalan besar lain, MSC, menasihatkan kapalnya diteluk untuk bergerak ke kawasan pelindungan selamat yang ditetapkan sehingga diberitahu nanti.
01:33Media Oman yang terletak di sisi bertentangan Selat Hormuz melaporkan bahawa sebuah kapal tangki minyak di perairannya telah diserang dan
01:42empat anak kapal cedera.
01:45Pada Sabtu, dua syarikat pekapalan besar lain memberi amaran kepada kapal mereka untuk menjauhi kawasan tersebut atas sebab keselamatan.
01:52Syarikat Jerman, Hapak Lloyd, kelima terbesar di dunia, menangguhkan transik kapal melalui Selat Hormuz.
02:00Syarikat Perancis, CMA CGM, menasihatkan kapal diteluk untuk berlabuh di tempat selamat dan turut menangguhkan transik melalui terusan Suez.
Comments

Recommended