00:05Gelombang baharu serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel dan pangkalan tentera AS bermula.
00:14Angkatan Bersenjata Iran berkata, mereka tidak akan membenarkan siren amaran disenyapkan di Israel dan di pangkalan AS.
00:25Menurut unit elit Angkatan Bersenjata Pasukan Pengawal Revolusi Islam IRGC, gelombang ke-6 serangan peluru berpandu dan drone ke atas
00:35wilayah Israel dan pangkalan tentera AS di rantau Asia Barat telah bermula.
00:40IRGC menyatakan serangan itu menyasarkan 27 lokasi termasuk pangkalan udara Tel-Nof, ibu pejabat tentera Israel dan kompleks ketenteraan industri
00:50utama di Tel Aviv.
00:52Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran menjelaskan mereka akan melaksanakan peringkat balas dendam yang tegas dan pelbagai melalui serangan bertahap.
01:01Pemimpin tertinggi Iran Ali Khomeini terbunuh di pejabatnya pada awal pagi Sabtu akibat serangan peluru berpandu AS dan Israel.
01:10Susulan kematian pemimpin tertinggi kerajaan Iran mengisytiharkan tempoh berkabung kebangsaan selama 40 hari dan seminggu cuti umum.
01:18IRGC dan tentera Iran berikrar untuk membalas kematian Khomeini dalam kenyataan yang diterbitkan.
01:25AS dan Israel melancarkan beberapa seri serangan ke atas sasaran di Iran pada Sabtu termasuk Teheran mengakibatkan kerosakan dan kematian
01:33orang awam.
01:34Iran kemudiannya melancarkan serangan roket balas ke atas wilayah Israel serta sasaran tentera Amerika Syarikat di Asia Barat.
Comments