Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
Kementerian Luar Negeri Malaysia menggesa rakyat Malaysia yang berada di Iran, Iraq dan Jordan supaya bersatu, kekal tenang dan sentiasa berwaspada susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Transcript
00:00Kementerian Luar Negeri menggesa rakyat Malaysia yang berada di Iran, Irak dan Jordan supaya bersatu, kekal tenang dan sentiasa berwaspada.
00:12Susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di Asia Barat.
00:16Menurut Wisma Putra, pihak Kementerian sedang memantau rapi perkembangan situasi di rantau berkenaan susulan laporan serangan terkini yang melibatkan Iran
00:24dan Israel.
00:27Sebagian itu, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan dan penutupan lapangan terbang, serta sekatan
00:35perjalanan.
00:36Perjalanan yang tidak mustahak ke negara-negara terlibat turut disarankan agar ditangguhkan sehingga keadaan kembali stabil.
00:43Semua rakyat Malaysia yang menetap atau berada di negara-negara berkenaan diseru supaya segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan dengan
00:51kedutaan besar Malaysia atau perwakilan Malaysia yang terdekat,
00:54termasuk melalui sistem e-consular menerusi laman web rasmi Kementerian Luar Negeri.
00:59Langkah ini penting bagi memudahkan penyaluran bantuan sekiranya berlaku kecemasan.
01:04Kementerian menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended