00:00Penutupan ruang udara di beberapa bahagian timur tengah bakal memberi kesan kepada jadual penerbangan antarabangsa termasuk kelewatan, perubahan laluan dan
00:08pembatalan.
00:09Pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia CEAM dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan langkah operasi tersebut dilakukan atas faktor keselamatan dan bagi
00:18memenuhi piawaian penerbangan antarabangsa.
00:22Kem turut menjelaskan bahawa pihaknya sedang memantau rapat situasi semasa dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memastikan hak
00:32dan keselamatan penumpang terpelihara.
00:35Bagi syarikat penerbangan, Kem mengingatkan agar mereka memaklumkan perubahan jadual dengan segera termasuk kelewatan, penjadualan semula, lencongan dan pembatalan.
00:45Syarikat penerbangan juga diwajibkan memberi bantuan sewajarnya kepada penumpang yang terjejas selaras dengan Kod Pelindungan Pengguna Penerbangan Malaysia MACPC.
00:56Selain itu, Kem menasihatkan syarikat penerbangan supaya mengekalkan komunikasi yang jelas, telus dan tepat pada masanya sepanjang tempoh gangguan.
01:05Bagi penumpang, Kem menyarankan mereka supaya menyemak status penerbangan secara berkala sebelum ke lapangan terbang serta memastikan maklumat perhubungan pada
01:15tempahan adalah terkini.
01:16Penumpang turut digalakkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk urusan penjadualan semula, bayaran balik atau mendapatkan bantuan lanjut sekiranya perjalanan
01:27terjejas.
01:27Kem menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan di Timur Tengah dan bekerjasama dengan industri penerbangan bagi memastikan operasi kekal
01:37selamat serta hak pengguna terus dilindungi.
Comments