Skip to playerSkip to main content
  • 36 minutes ago
Pemeriksaan di 80 tapak bazar Ramadan mendapati sebahagian pengendali makanan belum mendapatkan suntikan antitifoid atau latihan wajib. Tahun lalu, 185 kompaun dikeluarkan dan 22 sampel makanan didapati tidak mematuhi piawaian mikrobiologi.
Transcript
00:00Sebanyak 112 kompaun bernilai RM14,000 dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, hasil pemeriksaan di Bazar Ramadan di seluruh negeri
00:09itu setakat 26 Februari lepas.
00:12Menurut pengurusi Jabatan Kuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Meja Besara Mansur Zakaria, operasi itu melibatkan pemeriksaan di 80
00:23tapak Bazar Ramadan.
00:24Bagi memastikan, pengendali makanan mematuhi piawaian keselamatan makanan yang ditetapkan.
00:31Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati 3% pengendali makanan tidak mempunyai suntikan anti-typhoid, manakala 10% lagi tidak menghadiri
00:39latihan pengendali makanan seperti yang diwajibkan.
00:42Jelasnya jumlah itu menunjukkan peningkatan tahap pematuhan dalam kalangan pengendali makanan berbanding tahun lepas apabila pemeriksaan mendapati 10% pengendali
00:50makanan tidak mempunyai suntikan anti-typhoid dan 15% tidak menghadiri latihan pengendali makanan.
00:56Tindakan penguatkuasaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi memastikan makanan dijual adalah selamat, bersih dan berkualiti.
01:05Mansur berkata tahun ini, 6,768 gerai beroperasi di 80 tapak Bazar Ramadan di seluruh Kedah berbanding 7,240 gerai
01:13di 87 tapak Bazar pada tahun lepas.
01:16Beliau berkata pada tahun lepas juga sebanyak 185 kompaun dengan nilai keseluruhan RM21,750 telah dikeluarkan kepada peniaga atas pelbagai
01:27kesalahan.
01:28Selain itu, 22 daripada 123 sampak makanan yang dihantar untuk analisis makmal pada 2025 didapati melanggar piawayan dari segi pencemaran
01:37mikrobiologi.
01:37Terima kasih kerana menonton!
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended