00:03Pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei sah terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat semalam.
00:11Perkara itu disahkan stesen televisyen negara dan agensi berita rasmi Iran pada ahad.
00:16Media Iran melaporkan kematian pemimpin berusia 86 tahun itu susulan siri serangan besar-besaran yang menyaksikan infrastruktur ketenteraan dan kepimpinan
00:26tertinggi negara tersebut.
00:28Serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat itu dilaporkan menyaksikan pelbagai lokasi strategik di Iran termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara
00:37dalam apa yang disifatkan sebagai operasi ketenteraan paling agresif dalam beberapa dekat.
00:42Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pegawai Israel turut mendakwa Khamenei terbunuh dalam serangan berkenaan namun terdapat percanggahan
00:50maklumat apabila beberapa sumber Iran sebelum ini menafikan atau belum mengesahkan sepenuhnya laporan tersebut.
00:56Kematian Khamenei yang memegang jawatan pemimpin tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam struktur politik dan ketenteraan Iran
01:05dijangka memberi kesan besar terhadap kestabilan politik dalaman Iran serta meningkatkan lagi ketegangan geopolitik di rantau Asia Barat.
Comments