Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Anak kepada ahli perniagaan minyak berprofil tinggi, Mohammad Riza Chalid, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Korupsi Jakarta.
Transcript
00:00Bertemu kembali, anak kepada ahli perniagaan minyak berprofil tinggi Muhammad Riza Khalid dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Korupsi
00:09Jakarta.
00:10Dia didapati besalah kerana terbabit dalam skandal rasuah besar membabitkan kerugian negara sekitar 17 bilion dolar Amerika antara kes terbesar
00:19dalam sejarah syarikat minyak negara itu Pertamina.
00:23Tertuduh Muhammad Keri Adrianto Riza, bekas timbalan pengarah pengoptimaman produk di PT Kilang Pertamina Internasional, didapati bersalah memanipulasi urusan sewaan
00:35serta bersekongkol dengan beberapa eksekutif Pertamina.
00:38Menurut keputusan Mahkamah, dia bukan sahaja menerima hukuman penjara tetapi turut diarahkan membayar denda sekitar 59,500 dolar Amerika dan
00:50pampasan mencecah 173 juta dolar atau berdepan penyitaan aset.
00:55Kes itu adalah sebahagian daripada penyiasatan besar-besaran membabitkan Pertamina yang mendapati wujud amalan rasuah dalam penerputan bahan api berkualiti
01:04rendah pada harga tinggi serta aktiviti lain yang merugikan negara.
01:09Siasatan itu telah membawa kepada penahanan puluhan eksekutif Pertamina dan syarikat berkaitan menjadikannya antara siasatan rasuah paling luas dalam era
01:18pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
01:21Bapa tertuduh Muhammad Riza Khalid yang lama menguasai perdagangan bahan api Indonesia telah meninggalkan negara dan kini diburu pihak berkuasa
01:29dengan notis merah Interpol.
01:32Beliau sebelum ini dinamakan sebagai suspek dalam siasatan sama dan dipercayai melarikan diri keluar negara selepas tiga kali tidak hadil
01:39panggilan siasatan.
Comments

Recommended