Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 6,595 orang malam tadi, berbanding 6,910 orang pada sebelah petang.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 6,595 orang malam tadi berbanding 6,910 orang pada sebelah petang.
00:09Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sabah, jumlah mangsa masih kekal di dua daerah iaitu Bufat 1,462 orang
00:19dan Membakut 202 orang.
00:21Daerah Tenom pula menunjukkan penurunan jumlah mangsa iaitu 4,931 orang berbanding 5,246 orang pada petang Sabtu.
00:31Dua daripada tiga pusat pemindahan sementara di Membakut iaitu Sekolah Menengah Kebahasaan St. Patrick dan SMK Membakut ditutup pada pukul
00:393 petang.
00:40Sebanyak 93 kampung di daerah Bufat ditenggelami air banjir manakala Tenom 46 kampung dan Membakut 16 kampung.
00:48Kesemua mangsa ditempatkan di 30 PPS yang dibuka sejak Rabu lepas sekaligus menyebabkan keseluruhan penduduk di 155 kampung di tiga
00:57daerah itu tidak dapat melakukan aktiviti harian masing-masing.
Comments

Recommended