00:00Polis Diraja Malaysia PDRM melaksanakan penelitian menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil berhubung dawaan cuba menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap
00:10kestabilan negara.
00:12Ketua Polis Negara Dato' Si Muhammad Khalid Ismail berkata siasatan berkenaan memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
00:21Muhammad Khalid ketika dihubungi sinar harian menjelaskan perkara itu masih dalam tindakan pihak polis dan meminta semua pihak supaya bersabar.
00:30Katanya siasatan akan dilaksanakan secara profesional berdasarkan fakta dan bukti kukuh yang diperolehi.
00:36Beliau terus berkata sekiranya ada perkembangan dalam siasatan, perkara itu akan dimaklumkan pihaknya.
00:43Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Muhammad Khalid mendedahkan satu laporan telah diterima pihaknya berkenaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan sabotaj terhadap
00:52kestabilan negara
00:53dengan dawaan melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.
01:00Kata Muhammad Khalid, siasatan dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas USJT, bahagian pendawaan Undang-Undang D-5, Jabatan Siasatan Jenayah
01:08Bukit Aman,
01:09di bawah Seksyen 124B Kanun Kesiksaan.
01:13Dalam kenyataan lain, Jabatan Peguam Negara dengan tegas berkata,
01:16mana-mana pihak yang didapati terlibat sekiranya ada,
01:20hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut Undang-Undang yang berkuatkuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang.
Comments