Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
The Opposition has criticised the Bill limiting the Prime Minister’s term as potentially unconstitutional, citing conflicts with Articles 40, 43(2A), and 159(5) of the Federal Constitution, which involve the Yang di-Pertuan Agong’s prerogative in appointing the Prime Minister.

Opposition chief whip Takiyuddin Hassan expressed doubt that the Bills could pass in the Dewan Rakyat, which requires a two-thirds majority (148 MPs) for constitutional amendments, noting that even some government MPs have voiced objections.

Read more at https://shorturl.at/qrdLz

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Yang kedua, untuk rang undang-undang menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada agregatnya 10 tahun, kami pihak pembangkang ingin menzahirkan
00:17kebimbangan yang sangat besar.
00:20Bahawa perkara ini boleh dianggap sebagai tidak berperlembagaan ataupun unconstitutional.
00:28Pertamanya kerana rang undang-undang ini kalau diluluskan menjadi undang-undang yang menghadkan kuasa yang dipertuan agung.
00:38Kita tahu di dalam perlembagaan, artikel 40, artikel 42A, kuasa prerogatif atau disebut yang dipertuan agung boleh bertindak mengikut budi
00:56bicaranya.
00:57Pertama, his jurisdiction, his discretion untuk melaksanakan fungsi yang berikut.
01:04Ada tiga fungsi yang dipertuan agung boleh laksanakan dia sendiri tanpa perlukan advice.
01:11Yang pertama, melantik Perdana Menteri.
01:15Jadi untuk melantik Perdana Menteri, ada pula kaedah pelantikan Perdana Menteri di dalam perkara 43 Fasa 2A yang berbunyi.
01:26Yang dipertuan agung, hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempenguruskan Jemaah Menteri.
01:34Seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.
01:44Tidak ada apa syarat 10 tahun ke 20 tahun ke 5 tahun tidak ada.
01:50Jadi dengan membuat pinan ini pada pandangan kami, ianya bercanggah dengan artikel 40, prerogatif yang dipertuan agung dan juga artikel
02:0043 2A.
02:02Iaitu hak kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, siapa saja asalkan ianya seorang ahli Dewan Rakyat.
02:12Jadi itu satu perkara.
02:14Yang kedua, ini lebih serius lagi.
02:18Kami melihat, walaupun kami mendengar-dengar khabar pihak kerajaan tidak bersuju dengan pandangan yang saya akan berikan ini.
02:26Kami ingin menyatakan bahawa pindaan kepada perkara yang berkaitan tadi adalah satu pindaan yang perlu mendapatkan kelulusan daripada majlis raja
02:41-raja.
02:42Ataupun dipanggil persetujuan majlis raja-raja.
02:45Consent of the Conference of Rulers.
02:47Kena dapat.
02:50Ianya berdasarkan fasal 1595 yang mengatakan bahawa apa-apa undang-undang yang diluluskan antara lainnya di bawah perkara 38.4
03:03tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan majlis raja-raja.
03:09Apa 38.4 kata?
03:1138.4 kata, tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan
03:25majlis raja-raja.
03:27Jadi perkara yang saya sebutkan tadi adalah perkara yang menyentuh kuasa yang dipertuan agung.
03:32Prerogative power of the yang dipertuan agung, it needs consent from the Conference of Rulers.
03:40Without consent ini, kami menganggap bahawa pindaan ini adalah satu yang tidak boleh diluluskan.
03:47Kalau diluluskan pun ianya adalah satu yang tidak sah dari segi undang-undang.
04:02Mana-mana pindaan perlembagaan mestilah disokong pada bacaan kali kedua dan kali ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada 2
04:11per 3 daripada jumlah bilangan ahli-ahli majlis parlimen itu.
04:16Majlis Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli, maka 2 per 3 mestilah tidak kurang daripada 148 orang menyokong pindaan ini.
04:28Kita maklum dan juga di sidang media sebelum ini, ada seramai 10 orang ahli parlimen, bukan daripada kumpulan pembangkang,
04:38telah menyatakan jika sekiranya tidak dipenuhi beberapa syarat-syarat sebagaimana yang lebih kurang dengan apa yang kami juga berpandangan begitu,
04:49antaranya tidak ada semak dan imbang, tidak ada accountability kepada peguam negara ini,
04:55maka mereka ini tidak akan sokong pindaan ini.
05:00Jadi kalau mereka ada 148 pun sekarang ini, kalau tolak 10, tinggalnya berapa?
05:07Tak cukup untuk 2 per 3.
05:09Jadi atas dasar itu, kami kumpulan pembangkang mencadangkan kerajaan tidak meneruskan dengan bacaan kali kedua
05:16dan juga membahaskan kedua-dua rang undang-undang ini, sebaliknya rujuk kepada jatuh kuasa pilihan khas,
05:23parlimen yang khas dan juga membuat pindaan-pindaan yang sewajarnya.
05:30Jadi bukan saya tidak mendapat sokongan daripada kumpulan pembangkang,
05:35mungkin sokongan daripada tidak kumpulan pembangkang pun,
05:38mungkin kerajaan gagal untuk mendapatkannya.
05:41Jadi itu 2 perkara yang kami nak sebutkan pada hari ini.
05:47I think very loud and clear.
Comments

Recommended