00:00Isu takbir urus dan integriti perlu dijadikan pertimbangan utama oleh pengundi pada pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16.
00:08Sambil merujuk kepada pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai Lembaga Tabung Haji TH,
00:14Pengarah Komunikasi Perkataan Harapan PH Datuk Seri Fahmi Fazil berkata ia perlu dijadikan pengajaran berhubung kesan buruk kelemahan pengurusan dan
00:22pelanggaran amanah.
00:26Menurut beliau walaupun laporan rasmi RCI tidak menggunakan istilah yang bersifat politik atau bahasa pasar,
00:32dapatan siasatan itu jelas menunjukkan wujud elemen rasuah dan penyelewengan yang memerlukan tindakan lanjut.
00:39Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah kelompok PH sempena kempen PRN Negeri 9 di Dewan Undangan Negeri Don Senaling
00:47pada Khamis.
00:48Mengenai keputusan kerajaan sebelum ini yang tidak segera mengumumkan laporan berkenaan,
00:53Fahmi berkata langkah tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses pemulihan dan perstrukturan semula kewangan tabung haji.
01:01Menurut beliau tindakan itu penting bagi mengelakkan berlakunya panik dalam kalangan pendeposit yang boleh menjejaskan kestabilan institusi tersebut.
01:10Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata pengundi perlu mengambil iktibar daripada isu berkenaan ketika membuat pilihan pada PRN kali ini.
Comments