Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
China merekodkan lebih 362 juta perjalanan rentas wilayah pada hari terakhir cuti Tahun Baharu Cina, dengan peningkatan ketara berbanding tahun lalu melibatkan kereta api, jalan raya, pengangkutan air dan penerbangan.
Transcript
00:00Perjalanan rentas wilayah di China mencatatkan angka yang tinggi pada hari terakhir cuti perayaan tahun baru China.
00:07Dianggarkan 362.58 juta perjalanan direkodkan pada isteri lalu.
00:13Angka itu menunjukkan penurunan harian sebanyak 4.7% berbanding ahad namun meningkat 11.9% berbanding hari terakhir cuti
00:23perayaan pada tahun lalu.
00:25Sistem kereta api negara itu mengendalikan kira-kira 18.5 juta perjalanan penumpang pada isteri lalu, meningkat 1.2%
00:33berbanding hari sebelumnya dan 8.6% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:38Sementara itu, sistem jalan raya mencatatkan sekitar 339.83 juta perjalanan pemandu dan penumpang susut 5% secara harian tetapi
00:48meningkat 12% tahun ke tahun.
00:50Daripada jumlah itu, 35.21 juta perjalanan melibatkan kenderaan penumpang komersial manakala 304.62 juta menggunakan kenderaan persendirian.
01:00Pengangkutan air pula merekodkan kira-kira 1.6 juta perjalanan penumpang turun 4.3% berbanding hari sebelumnya namun menonjak
01:0831.2% berbanding tahun lalu.
01:11Bagi sektor penerbangan awam, dianggarkan 2.65 juta penumpang udara direkodkan pada isteri lalu, meningkat 0.2% secara harian
01:20dan 6.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.
01:24Perayaan Tahun Baru Cina yang menandakan permulaan Tahun Kuda jatuh pada 17 Februari dengan cuti rasmi berlangsung selama 9 hari
01:31dari 15 hingga 23 Februari manakala tempoh puncak perjalanan dijangka berlarutan sehingga 13 Mac.
01:38Tempoh perjalanan perayaan itu yang dikenali sebagai Chung Yun sering digambarkan sebagai penghijrahan manusia tahunan terbesar di dunia apabila jutaan
01:46penduduk melakukan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman dan berkumpul bersama keluarga.
Comments

Recommended