00:00Kementerian Pengangkutan MOT sedang meneliti pindaan berkaitan kaedah-kaedah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 Akta 333 bagi memperuntukkan had laju
00:1030 km sejam secara khusus di zon sekolah.
00:13Menterinya Anthony Lok berkata kerajaan melalui jawatan kuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya JKM KKJR sebelum ini bersetuju menetapkan
00:23had kelajuan maksimum 30 km sejam di kawasan zon sekolah sebagai dasar nasional bagi meningkatkan keselamatan murid dan warga sekolah.
00:34Antara lain katanya pindaan ini dilaksanakan secara komprehensif dengan pembabitan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kerja Raya KKR,
00:44Jabatan Kerja Raya JKR, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT, Kementerian Pendidikan KPM, Polis Diraja Malaysia PDRM serta Institut Penyelidikan
00:54Keselamatan Jalan Raya Malaysia MIROS.
00:56Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata, dari aspek penguatkuasaan sebaik sahaja pewartaan had laju 30
01:05km sejam dimutamatkan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut peruntukan sedia ada Akta 333 oleh PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan
01:15JPJ.
01:15Beliau menjawab soalan kalam salam PN Sabak Bernam yang mahu tahu mekanizem pelaksanaan penguatkuasaan had laju maksimum diturunkan daripada 50
01:24km sejam kepada 30 km sejam di zon sekolah oleh JKM KKJR.
01:29Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan, beliau berkata ia melalui pendekatan termasuk operasi bersepadu di kawasan sekolah terpilih
01:38dan pemasangan papan tanda had laju baru dan penandaan jalan yang jelas.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments