00:00Kerajaan Australia memulakan inkwiri diraja bagi menyiasat fahaman anti-semitism susulan serangan tembakan di Bondi Beach pada Desember 2025 yang
00:10meragut 15 nyawa.
00:11Selaku negara dengan undang-undang senjata api yang ketat, serangan tersebut disifatkan mengejutkan.
00:18Ia kemudian mencetus desakan agar tindakan lebih tegas diambil terhadap ekstremism dan kebencian berasaskan agama.
00:26Siasatan itu akan diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi Virginia Bell.
00:30Mandatnya merangkumi penilaian terhadap serangan Bondi Beach, tahap anti-semitism serta implikasi terhadap perpaduan sosial di Australia.
00:38This is the first Royal Commission in nearly 50 years to investigate aspects of the work of the Australian intelligence
00:49community.
00:51The commission is to investigate the security arrangements for that event and to report on whether our intelligence and law
01:01enforcement agencies performed to maximum effectiveness.
01:06Laporan penuh dijangka dibentangkan Desember tahun ini.
01:10Polis berkata dua suspek serangan, Sajid Akram dan anaknya Navid Akram, dipercayai dipengaruhi oleh ideologi kumpulan Islamic State.
01:18Sajid Akram maut ditembak polis di tempat kejadian, manakala Navid Akram yang turut ditembak tetapi terselamat,
01:24kini berdepan pertuduhan membunuh 15 individu serta satu pertuduhan berkaitan keganasan.
01:29Virginia Bell menegaskan bahawa tiada saksi yang berpotensi memberi kesan kepada perbicaraan Navid akan dipanggil bagi memastikan proses undang-undang
01:38tidak diganggu.
Comments