Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Pelbagai isu termasuk tadbir urus AI, tarif perdagangan AS, keberkesanan PBS, audit harga barangan asas serta halatuju bola sepak negara dijangka menjadi tumpuan sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.
Transcript
00:00Isu melibatkan teknologi, pendidikan, kos sarih hidup, perdagangan antarabangsa dan pembangunan sukan negara
00:05dijangka menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini. Ia akan dibangkitkan dalam sesi soal jualisan yang akan bermula jam 10 pagi.
00:15Ahli Parlimen Ampang, Rokziah Ismail meminta Perdana Menteri menjelaskan bagaimana rang undang-undang RUU takbir urus AI
00:22akan menangani isu hak cipta dan harta intelekt khususnya berkaitan penggunaan karya berhak cipta
00:28termasuk teks, imej, audio dan video yang digunakan untuk melatih model kecerdasan buatan tanpa kebenaran.
00:35Beliau turut menyoal sejauh mana pelindungan hak pencipta dan pemegang hak dapat diperkukuh di bawah RUU berkenaan.
00:43Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosul Wahid pula meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi kerajaan
00:48terhadap keputusan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang mengisytiarkan tarif era Donald Trump sebagai tidak sah.
00:54Persoalan turut menyentuh kesan keputusan itu terhadap hubungan perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat
00:59khususnya dalam konteks pasaran ekspor dan dasar perdagangan dua hala.
01:03Ahli Parlimen Bandar Turazak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah, Dr. Wan Ismail mengemukakan soalan kepada Menteri Pendidikan
01:10mengenai sejauh mana keberkesanan pentaksiran berasaskan sekolah PBS yang menggantikan sistem pemeriksaan
01:16seperti UPSR atau PT3. Beliau menekankan aspek penilaian pembentukan jati diri dan impaknya terhadap masa depan pelajar.
01:24Sementara itu, Ahli Parlimen Araw, Datuk Seri Dr. Syahidan Qasim mengemukakan dua persoalan kepada Menteri Pendagangan
01:30Dalam Negeri dan Kosar Hidup berhubung sama ada kerajaan bercadang melaksanakan audit harga barangan asas
01:35di seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan gambaran sebenar kos sara hidup rakyat.
01:42Beliau juga mahu penjelasan mengenai status pelaksanaan jihad memerangi kartel orang tengah
01:47yang dikatakan menjadi antara faktor kenaikan harga barang.
01:51Turut dibangkitkan dalam sesi hari ini hala tujuh bola sepak negara.
01:55Ahli Parlimen Kanga Zakir Hassan meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan hala tujuh bola sepak negara
02:01selepas isu kontroversi melibatkan pemain warisan dan kemerosotan prestasi skuad kebangsaan di peringkat umur.
Comments

Recommended