00:00Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang peranan dalam proses pelantikan pendakwa raya selepas rang undang-undang RUU Perlembagaan Pindaan No. 2
00:092026 dikuatkuasakan kelak.
00:12Sebaliknya, Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mukhtar berkata, pelantikan pendakwa raya bergantung sepenuhnya kepada budi bicara yang di-Pertuan
00:21Agong selepas diluluskan Majlis Raja-Raja dengan tempoh perjawatan adalah selama tujuh tahun.
00:30Kita nak pisahkan campur tangan politik dalam pelantikan, dalam aspek pelantikan seorang pendakwa raya ni sebab itulah kita tidak letakkan
00:40dari situ peranan ahli politik termasuk Perdana Menteri lah sebab kita nak ensure dia berlaku adil lah maksudnya apabila dia
00:49menjelang tugas beliau dia tidak ada influence politik.
00:53Nanti sesuara YB ataupun kelompok tertentu politik memainkan peranan takut nanti pendakwa raya yang akan dilantik nanti terikut-ikut dengan
01:04rentak kelompok tertentu itu yang menentukan pelantikan tersebut.
01:09Itu kerisauannya sebab itulah idea kita pisahkan peranan Peguam Negara dan juga pendakwa raya.
01:17Mengulas lanjut, Dusuki berkata calon untuk jawatan itu akan dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau SPKP.
01:26Selain itu, beliau menegaskan pelantikan pendakwa raya tidak boleh membabitkan ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri serta perlu memiliki
01:33pengalaman litigasi sekurang-kurangnya 10 tahun.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments