00:00Hampir 16 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beirut, Karisma Humanitarian Outreach Mission, KOM Malaysia, terus bergegas menyalurkan pak bantuan
00:11makanan kepada para pelarian Palestine yang tinggal di Kemp Pelarian Burj Al-Barajneh pada Ahad.
00:18Hampir 80 ketua dan wakil keluarga hadir untuk menerima barangan pak bantuan makanan yang dijangka dapat dimanfaatkan sepanjang bulan suci
00:27Ramadan.
00:30Pengerusi Misi KOM Malaysia, Nik Marina Husin berkata pak bantuan bernilai anggaran 40 dolar sekotak itu amat penting untuk warga
00:37Palestine yang hidup serba daif di Kemp.
00:40So basically, the box here, you are securing a family with one month or a few weeks of food so
00:52they don't have to worry about what to cook.
00:54Jadi, this is something very valuable. Ini adalah orang kata kotak yang bukan sahaja untuk makan ya, bukan sahaja untuk
01:02kenyangkan perut.
01:04Tapi kotak makanan ni adalah kotak basically betul-betul harapan ni. Harapan untuk esok, lusa, minggu depan dan basically sepanjang
01:12Ramadan.
01:12So this is a very luxurious box for them.
01:16Para pelarian yang tinggal di Kemp tersebut kebanyakannya hanya bekerja dalam sektor sokongan kerana undang-undang di Lubnan tidak membenarkan
01:24mereka bekerja dalam bidang profesional.
01:28Namun di sebalik kekangan yang ada, ada sebahagian warga Palestine yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membantu ekosistem komuniti pelarian.
01:37Untuk rekod, terdapat 12 Kemp pelarian Palestine di seluruh Lubnan, disokong oleh agensi kerja dan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
01:45bagi Pelarian Palestine atau UNRWA.
01:48Hampir empat generasi telah menetap di Kemp sejak peristiwa Nakba pada 1948, di mana warga Palestine dihalau dari kediaman asal
01:57mereka oleh pihak berkuasa British
01:58untuk menempatkan pendatang Yahudi yang membentuk negara rejim Zionis Israel.
02:05Di Kemp Burj Al-Baraj ini, jadi saksi hampir 30 ribu hingga 40 ribu angka rasmi yang menilami kawasan perkembangan
02:12ini.
02:13Namun kini, kalau kita lihat sendiri, lorong-lorong kecil di mana hanya motor sahaja dapat lalu dan sekian hari semakin
02:20meningkat, bangunan semakin tinggi dan kawasan semakin padat.
02:24Kerana saya ni fahamkan, hanyalah sekitar 1km sahaja kawasan persegi pada asalnya ketika dibuka pada tahun 1948.
02:31Jadi, laporan pada hari ini akan menyaksikan bagaimana kita menemukan beberapa warga yang menemui kawasan ini setelah berdekat lamanya.
Comments