00:01Perkembangan banjir Sabah. Setakat tengah hari Senin, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS meningkat kepada 4
00:10,462 orang daripada 1,859 keluarga berbanding 4,348 orang daripada 1,774 keluarga pagi tadi.
00:21Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa terdiri penduduk dari 86 kampung di tiga daerah terjejas iaitu
00:32Pitas, Paitan dan Tawau berlindung di 32 PPS yang dibuka sejak Jumaat lepas.
00:38Menurut kenyataan itu, jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 2,720 orang daripada 1,357 keluarga. Mereka ialah penduduk
00:50dari 46 kampung terjejas di daerah itu.
00:54Paitan turut merekodkan sedikit pertambahan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS iaitu sebanyak 1,497 orang daripada 447 keluarga
01:05manakala Tawau kekal dengan 245 orang daripada 55 keluarga.
01:12Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments