00:00Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS di Sabah meningkat kepada 3,427 orang daripada 1,449
00:12keluarga setakat 8 malam ahad berbanding 3,266 orang daripada 1,401 keluarga pada 4 petang.
00:20Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari 3 daerah iaitu Pitas, Paitan dan Tawau
00:30ditempatkan di 27 PPS.
00:32Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang diikuti Paitan, 1011 dan Tawau, 245. Banjir di ketiga-tiga daerah
00:46itu telah menjejaskan 70 kampung namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
00:51Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah malam.
Comments