Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Pejabat media Gaza pada Isnin memaklumkan bahawa hanya 29 peratus pematuhan direkodkan dalam pembukaan semula lintasan sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza susulan sekatan ketat Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Transcript
00:00Baik sedikit laporan luar negara, Pejabat Media Gaza berisnya maklumkan bahawa hanya 29% pemetuhan direkodkan dalam permukaan semula lintasan
00:08sempena Rafah antara Mesir dan Gaza sesudahan sekatan ketat Israel.
00:12Pejabat Media Gaza maklumkan antara 2 Februari hingga 15 Februari, hanya 811 pengembara dapat menyeberangi lintasan Rafah dari kedua-dua
00:21arah daripada keseluruhan 2,800 individu yang dijangka melakukan perjalanan.
00:27Pejabat itu memaklumkan bahawa seramai 455 pengembara dibenarkan keluar dari Gaza, 356 tiba, manakala 26 yang lain diarahkan berpatah balik
00:38sepanjang tempoh berkenaan.
00:40Israel membuka semula bahagian lintasan di sebelah Palestine pada 2 Februari lepas secara sangat terhad.
00:46Pejabat Media itu berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kriteria yang digunakan untuk menentukan jumlah keseluruhan pengembara yang dijadual menyeberangi lintasan
00:56berkenaan.
00:57Media Mesir dan Israel sebelum ini melaporkan bahawa kira-kira 50 rakyat Palestine dijangka menyeberangi lintasan itu setiap hari untuk
01:04masuk ke Gaza dan jumlah yang sama ke Mesir termasuk pesakit serta pengirim mereka.
01:09Namun pejabat itu berkata perkara berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya.
01:14Anggaran Palestine di Gaza menunjukkan kira-kira 22,000 individu yang cedera dan sakit perlu melakukan perjalanan ke luar wilayah
01:21itu untuk mendapatkan rawatan perubatan susulan sektor kesihatan yang lumpuh.
01:26Angka separa rasmi terus menunjukkan kira-kira 80,000 rakyat Palestine telah mendaftar untuk kembali ke Gaza mencerminkan penolakan berterusan
01:34terhadap pemindahan paksa walaupun berlaku kemusnahan yang meluas.
01:37Perjanjian Gencata Senjata yang disokong Amerika Syarikat berkuat kuasa di Gaza sejak 10 Oktober lepas menghentikan serangan Israel selama dua
01:45tahun yang mengorbankan lebih 72,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak
01:53Oktober 2023.
01:54Sejak perjanjian itu berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, tentera Israel telah melakukan ratusan pelanggaran melalui berdilan artileri dan tembakan,
02:04mengorbankan 603 rakyat Palestine serta mencederakan 1,618 yang lain.
02:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended