00:00Pemilik tanah yang berdepan isu pencerobohan perlu menggunakan saluran undang-undang
00:05bagi melindungi hak mereka dan tidak boleh bertindak sendiri untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
00:12Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Osman Said berkata sebarang pertikaian hak milik
00:18atau bantahan terhadap pembinaan di atas tanah yang diceroboh perlu direkodkan secara rasmi
00:24sama ada melalui laporan polis atau notis guaman.
00:28Katanya pendaftaran bantahan mesti direkodkan sama ada laporan polis atau surat peguam
00:34kerana keadaan boleh menjadi lebih teruk jika mengambil tindakan sendiri
00:38memandangkan isu ini membabitkan kepercayaan dan agama yang sensitif.
00:43Azalina berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Amiruddin Syari
00:48yang menyeru pemilik tanah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan pendakwaan dilakukan
00:55sekiranya kesalahan pencerobohan dapat dibuktikan.
00:59Azalina menambah bahagian hal ehwal undang-undang bersedia menawarkan perkhidmatan mediasi kepada pihak
01:06yang mempunyai pertikaian dalam sesuatu isu.
01:09Hailey Izalty FMT
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments