Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sambutan Tahun Baharu Cina di Hat Yai tahun ini dilaporkan jauh lebih suram apabila kadar tempahan bilik hotel menjunam dan banyak premis perniagaan masih belum beroperasi beberapa bulan selepas banjir besar melanda bandar itu, tahun lalu.
Transcript
00:00Sambutan Tahun Baharu China di Hadnyei tahun ini lebih suram apabila tempahan bilik hotel menjunam dan banyak premis perniagaan belum
00:08beroperasi beberapa bulan selepas banjir besar melanda bandar itu tahun lalu.
00:14Presiden Persatuan Hotel Hadnyei Songkla, Siti Pong Siti Pataraprabak berkata kadar tempahan sempena perayaan 2026 hanya sekitar 40%.
00:25Memetik Bangkok Post, jumlah pelawat dijangka sekitar 25,000 orang, jauh lebih rendah berbanding 50,000 hingga 60,000 pelawat
00:35yang lazimnya direkodkan ketika musim puncak.
00:38Tambahnya proses pemulihan hadnyei berjalan perlahan susulan bantuan pasca banjir yang terhad.
00:45Banyak perusahaan kecil dan sederhana hanya menerima subsidi dan pinjaman dalam jumlah kecil menyebabkan kebanyakan kedai tidak mampu beroperasi semula.
00:55Ketika ini, kira-kira 30% perniagaan kembali dibuka sekaligus menjelaskan daya tarikan bandar itu.
01:02Walaupun kebanyakan hotel kembali beroperasi menggunakan dana sendiri, pengusaha akui sukar menarik pelancong.
01:10Bekas Presiden Persekutuan Perniagaan Pelancong Songkla, Sampo Chi Wawad Tanapong berkata,
01:15Hanyai masih kelihatan seperti bandar hantu dengan banyak perniagaan tidak mampu beroperasi semula.
01:22Hal itu menyebabkan ramai usahawan mempertimbangkan untuk menutup perniagaan secara kekal atau berpindah ke lokasi lain.
01:29Dalam usaha merancatkan kembali sektor pelancongan, pihak berkuasa pelancongan Thailand akan mengajukan acara Amazing Thailand Chinese New Year 2026
01:39dari 17 hingga 20 Februari menampilkan persebahan kebudayaan serta artis dari Fujian, China.
01:47Acara itu dijangka mampu menarik lebih 40,000 pengunjung dan menjana perbelanjaan sekitar 50 juta baht
01:53namun pengusaha tempatan kekal berhati-hati terhadap unjuran tersebut.
Comments

Recommended