Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
BIMB Securities berkata, tumpuan sektor dijangka berpusat kepada teknologi, di samping minat berterusan terhadap sektor perkhidmatan pengguna dan perindustrian.
Transcript
00:00Bursa Malaysia mengalih strategi tawaran awam permulaan IPO dengan memberi tumpuan kepada saiz urus niaga dan keboleh laburan berbanding jumlah
00:09penyenaraian semata-mata.
00:11Sasaran permodalan pasaran IPO keseluruhan adalah sebanyak RM28 bilion tahun ini.
00:21BIMB Securities dalam nota penyelidikan yang memberi tahu pendekatan itu menekankan penyenaraian pasaran utama bernilai RM1 bilion dan ke atas
00:29bagi memenuhi ambang pelabur institusi asing.
00:33Menurutnya langkah itu bertujuan meningkatkan daya tarikan pasaran saham tempatan kepada dana global selain memperkukuh profil pelaburan Bursa Malaysia.
00:41BIMB Securities menambah tumpuan sektor dijangka berpusat kepada teknologi di samping minat berterusan terhadap sektor perkhidmatan pengguna dan perindustrian.
00:52Setakat Januari 2026, sebanyak enam IPO telah direkodkan mencerminkan momentum awal tahun yang aktif dalam pasaran modal tempatan.
01:01Bursa Malaysia turut mengambil langkah aktif meningkatkan penyertaan bumi putra dalam pasaran modal.
01:06Pada bulan ini, Bursa Malaysia menandatangani memerendam kerjasama dengan unit peneraju agenda bumi putra teraju bagi mengenalpasti syarikat bumi putra
01:16berpotensi tinggi
01:17serta membimbing mereka melalui program kesiapsiagaan IPO untuk memenuhi keperluan penyenaraian.
01:24Menurut BIMB Securities, pendekatan baru itu dilihat sebagai usaha memperkukuh kualiti penyenaraian dengan memberi tumpuan kepada syarikat berskala besar yang
01:33mampu menarik penyertaan institusi.
01:34Langkah ini juga dijangka meningkatkan tahap keboleh laburan pasaran tempatan supaya sejajar dengan keperluan dana asing yang lazimnya menilai saiz
01:43serta kecairan sebelum membuat keputusan pelaburan.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended