Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kementerian Pertahanan Malaysia kini sedang berunding dengan Kementerian Kewangan Malaysia mengenai pembekuan sebahagian peruntukan operasi bagi Angkatan Tentera Malaysia.
Transcript
00:00Perbincangan sedang diadakan antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan berhubung pembekuan sebahagian dana operasi Angkatan Tentera Malaysia ATM.
00:09Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin berkata, Kementerian Kewangan telah pun memaklumkan pihaknya mengenai perkara yang perlu diberi perhatian
00:17segera supaya operasi ATM tidak terganggu.
00:22Perkara-perkara yang mungkin perlu diberi perhatian segera kerana tidak mahu menjejaskan operasi dan juga kesiagaan, kesiapsiagaan Angkatan Tentera.
00:37Jadi sedang berunding antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan.
00:41Apapun, saya ingin beri jaminan soal operasi berjalan dengan lancar dan baik, soal kesiagaan Angkatan Tentera terus dapat kita pertahankan.
00:53Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan berhubung status pembekuan sementara semua kelulusan kontrak perolehan ketenteraan dalam Sida Media
01:03selepas melancarkan skuad Don Refugway 50, rejimen pakar kereta api RAJD di Menara Prasarana pada Isnin.
01:12Langkah pembekuan sementara dibuat sesulai isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan beberapa pegawai tinggi ATM
01:20dengan semua kelulusan kontrak perolehan ketenteraan dihentikan sementara sejak Januari lalu untuk semakan menyeluruh.
Comments

Recommended