Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Jawatankuasa Khas Siasatan telah memulakan siasatan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, dengan hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri serta Pihak Berkuasa Tatatertib.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jawatankuasa khas siasatan telah memulakan siasatan berhubung isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruh Jaya Suruhanjaya Perjagaan Rasuah Malaysia SPRM, Tan
00:11Sri Azam Baki. Perkara itu disahkan Peguam Negara Tan Sri Muhammad Duzuki Muhtar yang menyatakan proses mengumpul maklumat sedang dijalankan
00:18sebagai langkah permulaan.
00:22Memetik laporan Sina Harian, Peguam Negara yang dilantik sebagai pengurusi jawatan kuasa khas siasatan pada Jumaat berkata siasatan akan dijalankan
00:31secara terperinci bagi memberikan pengadilan yang sewajarnya kepada pihak yang disiasat.
00:37Hasil serta syur siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan pihak berkuasa tata tertib untuk pertimbangan lanjut mengikut tata cara
00:46yang ditetapkan.
00:47Sebelum ini, media antarabangsa Bloomberg melaporkan Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan perfailan korporat.
00:56Bagaimanapun sidang media terbaru, Azam menegaskan pegangan saham bernilai RM800,000 itu dibuat secara telus dan mengikut prosedur telah diisytiharkan
01:05sepenuhnya serta dilupuskan dalam tahun yang sama.
Comments

Recommended