00:00Indonesia sudah mengkaji rancangan untuk menghentikan ekspor bijih timah sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh ekonomi domestik.
00:09Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia, berkata ekspor bahan mentah mesti digantikan dengan produk industri hiliran bagi meningkatkan kedudukan
00:18ekonomi Indonesia.
00:21Kata Bahlil, tahun lalu Indonesia mengharamkan ekspor boksit dan tahun depan kementeriannya akan mengkaji beberapa komoditi lain termasuk bijih timah.
00:30Bahlil berkata program penghiliran menjadi antara inisiatif utama pentadbiran Presiden Prabowo Subianto untuk mempercepatkan transformasi ekonomi Indonesia.
00:39Beliau memetik larangan ekspor bijih nikel pada 2018-2019 yang menyebabkan jumlah ekspor nikel meningkat 10 kali ganda pada 2023
00:50-2024.
00:52Mengambil contoh jumlah ekspor nikel Indonesia pada 2018-2019, katanya ia hanya berjumlah 3.3 bilion dolar Amerika.
01:01Katanya lagi selepas pelaksanaan larangan ekspor, menjelang 2024, jumlah ekspor mencapai 34 bilion dolar Amerika, 10 kali ganda lebih tinggi
01:12dalam tempoh hanya 5 tahun.
01:14Justru katanya ia memacu pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Comments