Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan menegaskan pemantauan terhadap ajaran sesat sentiasa dijalankan bagi memelihara kesucian agama Islam, dan orang ramai diseru merujuk pihak berautoriti sekiranya menghadapi perkara yang meragukan, terutamanya menjelang Ramadan.
Transcript
00:00Kerajaan memberi jaminan pemantauan terhadap ajaran yang meragukan atau menyelewing sentiasa dilaksanakan bagi memelihara kesucian agama Islam di negara ini.
00:10Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifi Hassan berkata pihak berkaitan sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa
00:18untuk mengatasi sebarang ajaran yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.
00:24Jelasnya langkah ini dilaksanakan bagi mengelakkan umat Islam terperdaya terutama ketika bulan Ramadan yang memberi tumpuan kepada peningkatan amalan.
00:33Beliau menyeru masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan dan menjadikan Ramadan sebagai medan memperkukuh ibadah serta
00:42amalan kebajikan, berpaksikan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
00:46Sebelum ini, Pengurusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Muhammad Farid Muhammad Khalid, memaklumkan lapan gerakan ajaran sesat
00:55masih wujud, namun tidak aktif dan dalam pemantauan rapi, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
01:02Lapan gerakan utama yang dikenalpasti ialah Hizbut Tahrir, Syiah, Wahabi, Milah Abraham, Sihalk, GISBH, Kadiani dan D-Ahmadi, Religion of
01:14Peace and Light.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended